awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Konflik Asia Barat: Thailand catat aliran keluar modal asing paling besar sejak 2024
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BBC rancang kurangkan 2,000 pekerja dalam pengecilan terbesar sejak 15 tahun

Bernama
Bernama
15/04/2026
17:46 MYT
BBC rancang kurangkan 2,000 pekerja dalam pengecilan terbesar sejak 15 tahun
Pengurangan itu, yang merupakan pusingan pemberhentian pekerja terbesar BBC dalam hampir 15 tahun. - Foto fail/AP

BBC akan mengurangkan 2,000 pekerja ketika penyiar itu berusaha mengurangkan kos sebanyak 10 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, menurut sumber, lapor PA Media/dpa.

Kakitangan dimaklumkan mengenai pemberhentian pekerja itu semasa panggilan bersama semua kakitangan pada Rabu, namun tiada butiran diberikan mengenai siapa yang akan terjejas, menurut Press Association.

Pengurangan itu, yang merupakan pusingan pemberhentian pekerja terbesar BBC dalam hampir 15 tahun, dilaksanakan ketika bekas ketua Google Matt Brittin bersedia mengambil alih jawatan ketua pengarah bulan depan.

Perbadanan itu juga baru-baru ini mendedahkan rancangan untuk mengurangkan secara drastik pasukan yang mengendalikan liputan acara kebangsaan rasmi seperti acara diraja dan pengebumian negara kepada hanya seorang kakitangan serta pekerja bebas.

Pada Februari, BBC memaklumkan ia akan mengurangkan perbelanjaan sebanyak ratusan juta pound dalam tempoh tiga tahun akan datang susulan terus berdepan “tekanan kewangan yang besar”.

Ketika itu, perbadanan berkenaan berkata ia berharap dapat menjimatkan kira-kira 10 peratus daripada kosnya menjelang 2029, namun tiada butiran diberikan mengenai perkhidmatan yang mungkin terjejas.

Ia juga mendedahkan pada Januari 2025 bahawa BBC World Service bakal mengurangkan 130 jawatan bagi menjimatkan kira-kira £6 juta untuk tahun kewangan berikutnya.

Sebahagian besar pembiayaan BBC diperoleh melalui yuran lesen tahunan £174.50 (AS$237) yang dibayar oleh isi rumah di UK yang menonton televisyen, namun penyiar itu berdepan tekanan berhubung nilai setimpal yang ditawarkan ketika bersaing dengan platform penstriman seperti Netflix dan Disney+.

Ketua pengarah BBC yang akan berundur Tim Davie meletakkan jawatan pada 2 April selepas mengumumkan peletakan jawatannya pada November, susulan beberapa tahun mencabar bagi penyiar itu.

Ketua pengarah sementara Rhodri Talfan Davies, yang dipercayai mempengerusikan mesyuarat bersama semua kakitangan itu, akan mengetuai perbadanan berkenaan sehingga Brittin mengambil alih pada 18 Mei.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Topic Berkaitan
#bbc
#pengurangan pekerja
#terbesar
#Rhodri Talfan Davies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan