awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bebaskan Aku karya terbaharu Yasin dari tirai besi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/06/2022
06:36 MYT
Bebaskan Aku karya terbaharu Yasin dari tirai besi
Rakaman audio lagu Bebaskan Aku nyanyian Yasin dikongsi di akaun Instagram penyanyi itu. - Gambar fail
TUHAN lepaskan aku dari rantai ini Berikanku cahaya dari kegelapan ngeri Ku ingin kembali pada yang ku kasihi Dan hidup seperti dulu lagi Bebaskan, bebaskan aku…
Itu antara bait lirik lagu Bebaskan Aku yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman dari sebalik tirai besi yang dikongsi di akaun Instagramnya hari ini.
Rakaman audio lagu ciptaan komposer itu menarik perhatian netizen berikutan lirik lagu Bebaskan Aku seakan menggambarkan terjemahan suara hati Yasin.
Kapsyen yang mengiringi hantaran rakaman audio menyatakan, anak Yasin, Malaika meminta ayahnya itu menyanyikan lagu berkenaan semasa melawatnya di penjara baru-baru ini.
Menyedari ada yang sedang merindui Yasin, keluarga penyanyi itu kemudian memintanya menyanyikan semula lagu itu melalui rakaman di telefon untuk diperdengarkan kepada umum.
"Semasa lawatan penjara yang lepas, Malaika meminta ayahnya menyanyikan lagu ini untuknya. Beberapa hari kemudian, kami meminta Yasin menyanyikan lagu ini semula dalam panggilan telefon supaya dapat direkod dan dihayati oleh semua," kata kenyataan itu lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)
Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati .
Sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Yasin Sulaiman
#Lagu
#Nyanyian
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan