awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa gunung berapi tunjuk peningkatan aktiviti di Indonesia

Bernama
Bernama
11/03/2026
16:54 MYT
Beberapa gunung berapi tunjuk peningkatan aktiviti di Indonesia
Gunung Lewotobi Laki-laki di Flores Timur, wilayah Nusa Tenggara Timur, meletus selama hampir dua minit pada pagi Rabu dengan abu gunung berapi naik kira-kira 800 meter di atas puncak, menurut pegawai pemantauan tempatan. - Gambar Reuters

Beberapa gunung berapi di Indonesia menunjukkan peningkatan aktiviti sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan letusan dilaporkan dan pihak berkuasa menggesa penduduk agar terus berwaspada, menurut laporan Xinhua.

Gunung Lewotobi Laki-laki di Flores Timur, wilayah Nusa Tenggara Timur, meletus selama hampir dua minit pada pagi Rabu dengan abu gunung berapi naik kira-kira 800 meter di atas puncak, menurut pegawai pemantauan tempatan.
Terdahulu pada hari yang sama, Gunung Semeru di Jawa Timur meletus sekali lagi, menandakan letusan ke-32 dalam tempoh seminggu, dengan abu menjulang kira-kira 400 meter di atas puncak.
Sementara itu, Gunung Merapi di Jawa Tengah juga kekal aktif pada Rabu, dengan aliran lava pijar dilaporkan mengalir sehingga 1.8 kilometer ke arah Sungai Sat.
Agus Budi Santoso, Ketua Pejabat Pemantauan Merapi di Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi berkata aliran magma masih berterusan dan keadaan itu berpotensi mencetuskan aliran piroklastik.
Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, yang mempunyai lebih 120 gunung berapi aktif.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#gunung berapi
#letusan
#Gunung Lewotobi Laki-laki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan