awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kakitangan pasar raya Giant Subang Jaya disahkan positif COVID-19

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
13/01/2021
12:31 MYT
Beberapa kakitangan pasar raya Giant Subang Jaya disahkan positif COVID-19
Pasaraya Giant menggesa pelanggan untuk menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan kepastian sekiranya mereka berada dalam lingkungan kontak rapat kepada kes positif. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR :Beberapa kakitangan pasar raya Giant cawangan Subang Jaya telah disahkan dijangkiti COVID-19.
Menurut kenyataan pasar raya berkenaan pada Rabu, susulan kes jangkitan tersebut, pasar raya itu akan ditutup serta merta bermula hari ini bagi menjamin keselamatan orang awam.
"Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan usaha mengenal pasti kontak rapat kepada kes positif.
"Buat pelanggan, mereka boleh berhubung terus dengan pihak (KKM) untuk mendapatkan kepastian (sekiranya berada dalam lingkungan kontak rapat kepada kes positif).
"Mereka boleh menghubungi KKM menerusi talian hotline di 03-88810200," petik kenyataan itu.
Sumber Facebook giantmalaysia
Pada masa yang sama, pihak pengurusan Giant memberi jaminan akan sentiasa menitikberatkan langkah keselamatan dari semasa ke semasa.
"Kami amat menyarankan orang awam untuk sentiasa patuh dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM," tambah kenyataan sama.
Walau bagaimanapun, tiada jumlah sebenar dinyatakan berkenaan dengan kakitangan yang terlibat dalam kes jangkitan tersebut.
Topic Berkaitan
#Kakitangan pasaraya Giant positif
#COVID-19
#pandemik
#Kenyataan pasaraya Giant Subang Jaya
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#Penularan dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan