awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan di Kelantan dijangka banjir bermula Ahad, penduduk diminta waspada

Bernama
Bernama
22/12/2023
20:40 MYT
Beberapa kawasan di Kelantan dijangka banjir bermula Ahad, penduduk diminta waspada
Banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangka, oleh itu penduduk di kawasan terlibat diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa daerah di Kelantan dijangka dilanda banjir bermula Ahad ini hingga Isnin.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan ramalan awal banjir tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Jumaat.
Daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Menurut JPS ia membabitkan lembangan Sungai Golok, Sungai Kelantan, Sungai Pengkalan Nangka, Sungai Gali, Sungai Kemasin dan Sungai Semerak di daerah-daerah berkenaan.
JPS turut memaklumkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangka dan penduduk di kawasan terlibat diminta berwaspada, peka dengan arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau laman Facebook PublicInfoBanjir
"JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir monsun sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai tersebut," menurut jabatan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#MetMalaysia
#ramalan awal banjir
#hujan berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan