awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan di Shah Alam dinaiki air susulan hujan lebat berterusan

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2025
03:25 MYT
Beberapa kawasan di Shah Alam dinaiki air susulan hujan lebat berterusan
Pihak berkuasa turut mengingatkan penduduk agar mematuhi arahan sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara yang telah disediakan bagi memastikan keselamatan mereka. - Foto Facebook/Majlis Bandaraya Shah Alam
KUALA LUMPUR : Hujan lebat yang melanda Shah Alam sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini mengalami kenaikan paras air.
Menurut perkongsian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Facebook rasminya, antara kawasan terjejas termasuk Taman Desa Kemuning di Seksyen 35, Kampung Budiman (Seksyen U14), Kampung Kubu Gajah (Seksyen U17), kawasan berhampiran pasar raya Giant di Seksyen 13, serta Taman Sri Lembayung di Seksyen 25.
Turut mengalami peningkatan paras air ialah Jalan Opera (Seksyen U2), Persiaran Jubli Perak (Seksyen 19), Jalan Mat Raji di Padang Jawa (Seksyen 16), Jalan Mantap 25/126 (Seksyen 25), Jalan Sentosa 25/129 (Seksyen 25), Persiaran Budiman (Seksyen 25) dan Persiaran Perusahaan (Seksyen 23).
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kawasan terjejas.
Pihak berkuasa turut mengingatkan penduduk agar mematuhi arahan sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara yang telah disediakan bagi memastikan keselamatan mereka.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#shah alam
#banjir
#laluan alternatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan