awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung beban pertahan subsidi RON95 - PM Anwar
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia selamat lepasi Selat Hormuz - PM Anwar
Malaysia pada titik penting peralihan ke Bandar AI - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beg yang ditinggalkan di Medan Tuanku disangka ada bom

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2014
23:36 MYT
Beg yang ditinggalkan di Medan Tuanku disangka ada bom
Beg yang ditinggalkan di Medan Tuanku disangka ada bom
Sebuah beg yang ditinggalkan di hadapan sebuah bank di Medan Tuanku di ibu negara mencetuskan suasana panik apabila orang awam menyangkakan beg tersebut berisi bom.
Kejadian disedari kira-kira jam 9.30 pagi tadi apabila pekerja bank berkenaan sebelum memulakan operasi.
Menurut saksi, beg itu ditinggalkan seorang individu yang tidak dikenali.
Bagaimanapun timbul rasa curiga selepas beg terbabit tidak berganjak atau diambil individu itu.
Atas faktor keselamatan, saksi bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang tadi.
Sepasukan unit pemusnah bom UPB dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, hasil pemeriksaan mendapati beg terbabit hanya mengandungi pakaian.
Namun siasatan turut dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar beg berkenaan ditinggalkan.
Rakaman kamera litar tertutup CCTV juga dilakukan.
Topic Berkaitan
#bom
#medan tuanku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan