awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dijangka pulih berperingkat 14 September

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/09/2021
13:16 MYT
Bekalan air di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dijangka pulih berperingkat 14 September
Penduduk di dua daerah berkenaan mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Masalah gangguan bekalan air yang membebankan hampir 30,000 penduduk di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu bakal diatasi dalam masa terdekat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, berkata kerja pembaikan paip utama yang mengalami kerosakan dijangka siap sepenuhnya pada 12 September depan.
Menurut Tuan Ibrahim, ia akan membolehkan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit dekat sini, kembali beroperasi pada 14 September depan dengan kapasiti 50 peratus untuk permulaan.
"Kita jangka bekalan air akan dapat didilepaskan pada tarikh tersebut... ini adalah jadual awal kita... insya-Allah mudah-mudahan tak ada masalah besar," katanya di sini, hari ini.
BACA: Penduduk Terengganu merayu masalah bekalan air diselesaikan segera
Beliau berkata, kos baik pulih kerosakan berkenaan kira-kira RM2.5 juta.
Penduduk di dua daerah berkenaan mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.
Mereka sekali lagi terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air, susulan berlaku tekanan air rendah pada 23 Ogos lalu.
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) berjaya mengatasinya namun masalah berulang selepas 10 hari bekalan air berjaya dipulihkan.
Paip terbabit membekalkan air ke tangki utama Berangan dari Loji Kepong untuk 28,700 pengguna di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Kuala Terengganu
#Kuala Nerus
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan