awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air ke 7 wilayah terjejas pulih 75 peratus - Air Selangor

Bernama
Bernama
12/02/2023
14:41 MYT
Bekalan air ke 7 wilayah terjejas pulih 75 peratus - Air Selangor
Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air ke tujuh kawasan terjejas susulan henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) disebabkan insiden pencemaran bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang, pulih 75 peratus setakat 6 petang ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas iaitu di Petaling adalah 62 peratus, Gombak (99 peratus), Hulu Selangor (100 peratus), Klang (42 peratus), Shah Alam (30 peratus), Kuala Langat (kosong peratus) dan Kuala Selangor (99 peratus).
"Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas itu bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Bekalan air di kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya 6 pagi, Selasa (14 Feb) ini. Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas dengan melayari laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ selain menerusi aplikasi Air Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Elina berkata Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
"Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
"Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan ke Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya.
Insiden pencemaran bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang menyebabkan LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), LRA Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) dihenti tugas sejak malam tadi.
Bagaimanapun, kesemua LRA ini telah kembali beroperasi sepenuhnya pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Lembah Klang
#status bekalan air
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan