awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air terjejas, ramai merungut tidak dapat mandi

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
31/08/2013
05:26 MYT
Bekalan air terjejas, ramai merungut tidak dapat mandi
Krisis air terbaru yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor menjejaskan lebih daripada sejuta pengguna sehingga sejumlah besar daripada mereka tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian seperti mandi.
Pengguna rata-rata marah dan kecewa kerana tidak dapat mandi dan membuat aktiviti lain apatah lagi di hari cuti umum, meluahkan perasaan di laman media sosial seperti Twitter.
air
air
Gambar memaparkan kesukaran pengguna pada krisis air yang lalu
Ramai daripada mereka meluahkan perasaan marah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ini adalah antara luahan pengguna yang terjejas:
dari tadi aku tak mandi. Air mana kau?? hishh.. Syabas ni bukan nak bagitau awalawal
— AzizDaughter ツ™ (@nurulassyiqqin) August 31, 2013
Saya tak mandi lagi. Takde air! Saya tak mandi lagi. Takde air! Saya tak mandi lagi. Takde air! Saya tak mandi lagi. Takde air! #Syabas
— EllaAziz (@ellaajmal) April 13, 2013
Takde air, camane nak mandi ni. Syabas mana syabas, tak syabas langsung !
— syaznie ali lah ni (@SyaznieAli) August 31, 2013
Apebenda ni Syabas, kenapa takda air? Org byk open house harini. Mcm mana nk mandi -.-
— Junaida Fatina (@juefatina) August 31, 2013
tolong la SYABAS hantar bekalan air... aku nak mandi la... mak aku nak masak la...
— MAZS (@Azam0711) August 31, 2013
malunya tetamu dr jauh datang tidur rumah takde air nak mandi. SYABAS.
— shield (@PeraturanAlia) August 30, 2013
nak angkat tangan sambil laung merdeka tak berani..ketiak berbau tengit xdpt mandi akibat putus bekalan air...SYABAS!
— al-bakri harith (@albakri67) August 31, 2013
Bapak aku tak pernah tak bayar bil air,mana air wei.Aku dah la dari pagi tak mandi,air mane!!!! #syabas
— Habibi Hanif (@habibihanif) August 30, 2013
Sementa dilanda krisis air selama 3 hari.dah tau berapa hari aku tak mandi.
— Namal (@iikmall) August 31, 2013
On our way to batang kali for family gathering .semua tak mandi cause takde air pic.twitter.com/Of1MMmRhOe
— Anna Kendrick (@NanaZanuri) August 31, 2013
Gangguan bekalan air kali ini berlaku ekoran tumpahan diesel ke dalam Sungai Selangor, dan kira-kira 10 kilometer daripada kawasan loji rawatan air.
Kejadian itu memaksa Syabas mengaktifkan pelan kecemasan semalam.
Ekoran itu, empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Menurut laporan Bernama, Syabas telah menggerakkan semua sumber yang ada bagi membantu pengguna menangani gangguan bekalan air pagi tadi.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata pihaknya telah menghantar kesemua sumber di tujuh daerah yang terjejas iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Beliau menambah, dengan rizab kapasiti yang kecil dan kadar permintaan tinggi, pihak Syabas ingin memaklumkan bahawa hentitugas kali ini akan mengambil masa pemulihan yang lebih panjang walaupun kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#air
#bekalan air
#krisis air
#mandi
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan