awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik di kawasan terjejas di Lembah Klang, Johor Bahru pulih sepenuhnya - TNB

Bernama
Bernama
15/10/2025
12:37 MYT
Bekalan elektrik di kawasan terjejas di Lembah Klang, Johor Bahru pulih sepenuhnya - TNB
TNB mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pelanggan yang terkesan dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik yang terjejas susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka telah pulih sepenuhnya pada 5.54 petang tadi.
Perkembangan itu dimaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi hantaran di Facebook.
"TNB mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pelanggan yang terkesan dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi akibat gangguan bekalan ini," menurut TNB.
Orang ramai boleh melaporkan sebarang gangguan bekalan melalui saluran SARA the Chatbot di mytnb.com, hubungi talian 15454, menghantar pesanan menerusi Facebook TNB Careline atau X @Tenaga_Nasional serta e-mel kepada [email protected].
Terdahulu, TNB mengesahkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terputus bekalan elektrik susulan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka hari ini.
Dalam kenyataan, TNB memaklumkan insiden gangguan teknikal dikesan pada 4.12 petang di stesen jana kuasa terbabit yang telah terpelantik menyebabkan kehilangan beban sebanyak 2,200 megawatt.
Bagaimanapun, menurut TNB, terdapat beberapa kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan yang berasingan dan tidak berkaitan dengan insiden itu masih belum dipulihkan.
"Pihak kami (TNB) akan meneruskan usaha tindakan pembaikan dengan kadar segera.
"TNB amat menghargai kesabaran pelanggan yang terkesan dan memohon maaf atas kesulitan dialami. Keutamaan kami adalah memulihkan bekalan dengan selamat dan secepat mungkin bagi memastikan kestabilan sistem dan keselesaan pelanggan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#TNB
#kawasan terjejas
#bekalan pulih
#Lembah Klang
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan