awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan minyak mentah Malaysia masih cukup, hampir 40 peratus import melalui Selat Hormuz

Bernama
Bernama
03/04/2026
14:48 MYT
Bekalan minyak mentah Malaysia masih cukup, hampir 40 peratus import melalui Selat Hormuz
Tengku Muhammad Taufik berkata pihaknya menyedari berlakunya penyusutan pengeluaran minyak mentah domestik. - Gambar Bernama
Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi memandangkan penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Malaysia sebagai satu pasaran pengguna terlindung sepenuhnya, juga terkesan daripada kenaikan harga minyak.
“Sejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport bersih (minyak mentah). Perkara itu sudah diumumkan oleh kerajaan.
“Susulan adanya pengeluaran tenaga dan kita pengeksport tenaga bersih, ada keyakinan kita masih ada bekalan berbanding dengan rakan-rakan ASEAN lain yang mungkin bergantung kepada import melebihi 90 peratus.
“Tetapi tidak ada kemungkinan kita sebagai satu pasaran pengguna adalah terlindung sepenuhnya,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif Khas: Mendepani Cabaran Krisis Tenaga Global di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia, malam Jumaat.
Menurut Petronas, pengeluaran minyak mentah Malaysia telah berkurangan secara beransur-ansur apabila landskap matang mengalami penyusutan secara semula jadi.
Malaysia pernah menghasilkan lebih 700,000 tong sehari pada era 1990-an dan awal 2000-an namun, pada masa kini, pengeluaran minyak mentah domestik dianggarkan sekitar 350,000 tong sehari.
Pada masa sama, sistem penapisan Petronas memerlukan kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari bagi memenuhi keperluan bahan api negara, sekali gus mewujudkan jurang struktur yang perlu ditampung melalui import, jelasnya.
Hampir separuh daripada keperluan ini perlu diimport, dan sebahagian besar bekalan tersebut dihantar melalui Selat Hormuz.
Tengku Muhammad Taufik berkata, pihaknya menyedari berlakunya penyusutan pengeluaran minyak mentah domestik.
“Bagaimanapun, ada usaha penerokaan dan cari gali bersama-sama kontraktor dan pelabur lain namun yang ditemui adalah gas asli, kebanyakannya gas asli dan Malaysia ini adalah kawasan yang mempunyai sumber gas,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak mentah Brent
#Selat Hormuz
#Petronas
#sumber gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan