awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan sukar, peruncit di Terengganu terpaksa catu telur

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2022
01:40 MYT
Bekalan sukar, peruncit di Terengganu terpaksa catu telur
Norhayati menunjukkan stok telur baharu yang diperoleh daripada pembekal pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Pemilik kedai runcit mengakui bekalan telur agak sukar diperoleh kebelakangan ini menyebabkan mereka terpaksa 'mencatu' telur untuk dijual kepada pelanggan.
Norhayati Abu Bakar, 53, berkata, ia bagi memastikan stok telur yang diperoleh dapat dijual kepada semua pelanggan termasuk mereka yang membeli telur dalam jumlah yang kecil.
"Saya ambil telur daripada pembekal seminggu sekali. Kuantitinya pun tidak banyak dalam 45 papan iaitu 15 papan untuk setiap telur gred A, B dan C.
"Bagi pelanggan yang beli telur untuk berniaga misalnya di kedai makan, saya hadkan beli sehingga tiga papan kerana bimbang pelangan lain tidak dapat," katanya.
Menurut Norhayati, baru-baru ini bekalan telur di kedainya terputus dan stok baharu sampai pada Khamis.
"Sekarang susah nak dapat telur. Banyak tempat juga cari untuk pastikan bekalan telur sentiasa ada.
"Sebelum ini pernah stok telur tiada di kedai saya sehingga dua minggu. Ramai pelanggan yang cari telur malangnya stok tak sampai.
"Telur yang saya pesan bukan pada seorang pembekal sahaja, banyak tempat juga saya tempah. Kalau ada bekalan, telur akan sampai. Kalau tak ada bekalan itu yang susah," katanya.
Norhayati berkata, telur yang dijual kedainya mengikut harga pasaran iautu RM13.60 (gred A), RM12.30 (gred B) dan RM11.60 (gred C).
"Sekarang ni harga telur tak menentu. Ada naik ada turun 20 sen. Bekas (sarang) telur pun pembekal sudah kenakan cas iaitu 30 sen bagi setiap satu papan," katanya yang membuka kedai runcit sejak empat tahun lalu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#catu telur
#bekalan telur
#Peniaga kedai runcit
#hadkan belian sehingga tiga papan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan