awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan tenaga dijamin hingga Mei, namun Jun dijangka cabaran terbesar

Reuters
Reuters
07/04/2026
09:46 MYT
Bekalan tenaga dijamin hingga Mei, namun Jun dijangka cabaran terbesar
Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga stabil sehingga Mei, namun mengakui Jun dijangka menjadi cabaran terbesar susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.
Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga yang stabil sehingga akhir Mei, namun Jun dan bulan-bulan seterusnya dijangka menjadi cabaran terbesar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasir pada Selasa.
Beliau berkata, ikhtiar sedang digerakkan untuk memastikan kelangsungan bekalan, termasuk dari sudut pengurusan permintaan atau penggunaan.
“Sementara kerajaan memberi jaminan bekalan stabil untuk April dan Mei, cabaran terbesar adalah bagaimana menjamin keperluan bekalan tenaga bermula Jun dan seterusnya,” katanya dalam taklimat Krisis Tenaga Global pada Selasa.
Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, konflik di Asia Barat bukan lagi isu luar semata-mata, sebaliknya telah berkembang menjadi krisis tenaga global yang berpotensi menjejaskan bekalan tenaga, penerbangan, logistik, makanan, ubat-ubatan serta rantaian bekalan negara.
Menurut beliau, kesan krisis itu dijangka berlanjutan antara enam bulan hingga setahun, dan kerajaan sedang menyelaras tindak balas merangkumi dasar makro, fiskal, kewangan dan sektoral.
Dalam perkembangan berkaitan, Akmal berkata, MTEN turut mempersetujui sokongan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia kepada firma yang terjejas, selain memantau stok ubat-ubatan secara berpusat susulan kebimbangan gangguan rantaian bekalan bahan mentah farmaseutikal global.
Kerajaan sebelum ini turut mengumumkan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah bagi sektor awam bermula 15 April, selain memperkukuh Ops Tiris 4.0 bagi membanteras penyeludupan barangan kawalan.
Dalam pada itu Akmal berkata, kerajaan sedang memantau keadaan secara lebih dekat dan lebih tersusun melalui dashboard indikator ekonomi.
“MTEN telah bersetuju supaya pemantauan dilaksanakan secara lebih terperinci menggunakan data berfrekuensi tinggi bagi setiap sektor, dengan maklumat diperoleh daripada agensi pengawal selia dan pemain industri berkaitan.
“Tujuannya jelas: supaya kerajaan boleh mengesan 3 tekanan lebih awal, mengenal pasti sektor yang paling terkesan, dan mengambil tindakan dengan lebih cepat. 13. Ketiga, menyelaras tindak balas kerajaan secara bersepadu,” katanya lagi.
Sementara itu, Akmal berkata, Kementerian Ekonomi pula telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pendekatan dan inisiatif yang menyeluruh merangkumi dasar makro, fiskal, kewangan dan sektoral, supaya segala langkah yang diambil saling menyokong dan benar-benar berkesan.
Ini termasuk penyelarasan dengan kementerian-kementerian berkaitan untuk mengenal pasti tindakan dan intervensi yang sesuai berdasarkan sektor yang terkesan bukan sahaja jangka pendek malah jangka sederhana,
Beliau berkata, langkah itu dilakukan memandangkan krisis tersebut akan memberi kesan kepada ekonomi dan pemulihan dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#bekalan tenaga
#konflik Asia Barat
#Akmal Nasir
#permintaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan