awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan tenaga negara kekal stabil - Fadillah

Bernama
Bernama
22/03/2026
06:26 MYT
Bekalan tenaga negara kekal stabil - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua,kiri) bersalaman dengan para tetamu pada Majlis Ramah Mesra Rakyat anjuran Gabungan Penghulu dan Ketua Masyarakat Petra Jaya, hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga negara kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) telah merangka pelan alternatif bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak dan gas sekiranya laluan utama seperti Selat Hormuz terjejas.
“Setakat ini bekalan tenaga negara masih berada pada tahap stabil hasil perancangan awal dan kepelbagaian sumber bekalan.
“Kerajaan terus menanggung subsidi bahan api yang besar bagi memastikan harga kekal stabil dan tidak membebankan rakyat walaupun berdepan kenaikan harga pasaran global,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra anjuran Penghulu dan Ketua Masyarakat Parlimen Petra Jaya di sini hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata perbezaan harga bahan api antara Malaysia dan negara jiran telah mendorong berlakunya aktiviti penyeludupan, sekali gus menyebabkan kerugian kepada negara serta menjejaskan bekalan domestik.
Beliau berkata pemantauan rapi terus dipertingkat bagi memastikan bekalan dalam negara mencukupi selain memastikan pematuhan terhadap peraturan oleh semua pihak terlibat dalam industri.
Dalam perkembangan lain, Fadillah berkata negara kini berdepan keadaan cuaca tidak menentu berikutan peralihan Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya, yang menyebabkan keadaan lebih panas dan kering serta berpotensi membawa kepada kemarau.
“Kerajaan melalui kementerian berkaitan memantau rapi bekalan air bersama syarikat pembekal air di setiap negeri bagi memastikan bekalan kekal mencukupi.
“Setakat ini keadaan bekalan air masih terkawal, namun langkah pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
Beliau berkata sekiranya berlaku kekurangan bekalan, langkah segera termasuk penghantaran air menggunakan lori tangki serta pemantauan kolam takungan akan dilaksanakan bagi memastikan bekalan sampai kepada pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#tenaga
#bahan api
#konflik
#asia timur
#cuaca panas
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan