awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa pemimpin tentera Iraq dibunuh dalam serangan
Iraq dikecualikan daripada sekatan Selat Hormuz
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas abu mayat hilang: Xiao En semak prosedur, bekerjasama dengan polis

Bernama
Bernama
17/03/2026
15:39 MYT
Bekas abu mayat hilang: Xiao En semak prosedur, bekerjasama dengan polis
Xiao En memaklumkan kes berkenaan mungkin dikaitkan dengan kumpulan jenayah rentas sempadan, dengan siasatan sedang dijalankan.
Xiao En, pengendali taman peringatan di Malaysia telah memulakan semakan dalaman dan memperkukuh prosedurnya susulan insiden melibatkan kehilangan bekas simpanan abu mayat, baru-baru ini.
Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat itu membuat laporan polis selepas mendapati beberapa bekas simpanan abu mayat itu tiada di tempat simpanan asalnya.
Syarikat berkenaan memaklumkan semua ahli keluarga yang terlibat telah dihubungi dan diberitahu tentang keadaan itu, di samping memberikan bantuan termasuk mengiringi mereka untuk membuat laporan polis dan mengatur tindakan susulan.
"Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai siasatan jenayah, dan kami memberikan kerjasama sepenuhnya," menurut kenyataan itu yang turut berterima kasih kepada pihak berkuasa atas tindakan pantas mereka.
Syarikat itu memaklumkan kes berkenaan mungkin dikaitkan dengan kumpulan jenayah rentas sempadan, dengan siasatan sedang dijalankan.
Langkah segera juga diambil untuk menyemak dan memperkukuh proses pengurusan dan keselamatan bagi mencegah kejadian serupa.
"Kami akan terus membantu dalam usaha mencari bekas yang hilang," menurut kenyataan itu.
Pihak Xiao En turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, polis menahan empat individu berkaitan kehilangan 22 bekas simpanan abu mayat di sebuah taman peringatan di Johor, dipercayai kes kecurian untuk dijual semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Xiao En
#taman peringatan
#bekas abu mayat
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan