awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelihara perpaduan teras keamanan negara - Aaron
Penang FC enggan terus kecewa, tekad bangkit beri saingan di Likas
Trump dakwa pemimpin tentera Iraq dibunuh dalam serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Banting Fatimah Suhaimi meninggal dunia akibat sakit tua

Bernama
Bernama
25/02/2026
03:18 MYT
Bekas ADUN Banting Fatimah Suhaimi meninggal dunia akibat sakit tua
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Datin Fatimah Suhaimi, 84, meninggal dunia pada 4 pagi tadi di sebuah hospital swasta akibat sakit tua.
Perkara itu disahkan anak ketiga Allahyarham, Mohd Zyad Jaafar, 42, ketika dihubungi Bernama.
Mohd Zyad berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas selepas kesihatannya merosot selain ibunya sebelum ini juga mengalami masalah jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.
"Jenazah kini di rumah keluarga di Kampung Medan, Telok Panglima Garang dan akan dibawa ke Masjid Jamiul Islamiah untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan sebelum zuhur," katanya.
Allahyarham meninggalkan empat anak, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan serta empat cucu.
Fatimah merupakan ADUN Banting di bawah Parlimen Kuala Langat selama tiga penggal sejak 1982 dan pernah diiktiraf sebagai Tokoh Wanita Selangor.
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam UMNO termasuk Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fatimah Suhaimi
#meninggal dunia
#sakit tua
#ADUN Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan