awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Datuk Bandar Kathmandu dilantik PM Nepal selepas kemenangan besar

Bernama
Bernama
27/03/2026
06:38 MYT
Bekas Datuk Bandar Kathmandu dilantik PM Nepal selepas kemenangan besar
Shah, yang juga dikenali sebagai Balen, dipilih sebagai pemimpin parti parlimen RSP di bawah perjanjian yang dicapai sebelum beliau menyertai parti itu secara rasmi. - Foto AP

Presiden Nepal Ramchandra Paudel pada Jumaat melantik pemimpin Parti Rastriya Swatantra (RSP) Balendra Shah sebagai Perdana Menteri selepas partinya meraih kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen pertama sejak protes besar-besaran tahun lalu yang menggulingkan kerajaan dan membawa kepada pentadbiran interim.

Menurut Anadolu Ajansi, Shah, 35, dijadualkan mengangkat sumpah jawatan petang ini dan seterusnya membentuk Kabinetnya selepas RSP memperoleh 182 daripada 275 kerusi di parlimen, menewaskan parti politik sedia ada.

Shah, yang juga dikenali sebagai Balen, dipilih sebagai pemimpin parti parlimen RSP di bawah perjanjian yang dicapai sebelum beliau menyertai parti itu secara rasmi.

Beliau meletak jawatan sebagai Datuk Bandar Kathmandu sebelum tamat tempoh perkhidmatan lima tahunnya untuk menceburi politik negara.

Di bawah perjanjian itu, RSP - yang diasaskan oleh wartawan TV yang kini menjadi ahli politik, Rabi Lamichhane menjelang pilihan raya parlimen 2022 - menyokong Shah sebagai calon perdana menteri sambil meletakkannya di kedudukan kedua dalam hierarki parti.

Lamichhane dan Shah kedua-duanya berkempen menjelang pengundian tersebut.

Shah juga menewaskan bekas Perdana Menteri KP Sharma Oli dengan margin yang besar di kawasan tempat tinggal Oli di Jhapa, timur Nepal.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Nepal
#RSP
#Balendra Shah
#Perdana Menteri
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan