awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas kerani akaun hadapi 138 tuduhan pecah amanah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/02/2019
15:57 MYT
Bekas kerani akaun hadapi 138 tuduhan pecah amanah
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. - Foto Astro Awani
Seorang bekas kerani akaun didakwa Mahkamah Sesyen Ipoh atas 138 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM103,740.55, sejak tujuh tahun lalu.
Tertuduh, V Pathumavethi, 53 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Dia yang mempunyai penguasaan ke atas harta milik sebuah firma guaman dituduh melakukan pecah amanah iaitu menyalahgunakan harta dan menjadikan harta itu bagi kegunaan sendiri melalui cek bagi pembayaran baucar yang dibuatnya.
Ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan Dato Tahwil Azar, sejak Januari 2012 hingga Januari 2015.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof menawarkan jaminan sejumlah RM40,000 dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Tertuduh diwakili peguam K. Nahtan pula meminta jaminan dikurangkan kepada RM20,000 dengan alasan tertuduh mempunyai dua anak yang masih belajar.
Azman kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 27 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Bekas kerani pecah amanah
#Ipoh
#Ipoh Rasuah
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#pecah amanah
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan