awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia

Bernama
Bernama
21/05/2018
14:54 MYT
Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Allahyarham Hashim disifatkan sebagai seorang peramah dan mengambil berat serta sentiasa cuba meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.
Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Hashim Aman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada Isnin.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham merupakan seorang KSN yang dihormati ketika hayatnya.
Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang peramah dan mengambil berat serta sentiasa cuba meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.
"Saya ingat lagi waktu saya menyertai kadet pegawai tadbir diplomatik (PTD) pada tahun 1980, arwah (Hashim) banyak memberi tunjuk ajar dalam tugas-tugas melibatkan PTD. Allahyarham seorang yang berpengalaman luas dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Hashim," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dan telah dikebumikan selepas solat Asar.
Allahyarham yang berusia 89 tahun, berkhidmat sebagai kakitangan awam selama hampir 27 tahun dan memegang pelbagai jawatan antaranya, Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan sebelum dilantik sebagai KSN pada tahun 1980 hingga 1984. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#Hashim Aman
#ketua setiausaha negara
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan