awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/03/2023
05:12 MYT
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
ALOR SETAR: Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, 79, meninggal dunia pada Rabu.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara itu dan turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian insan yang banyak berjasa kepada negeri Kedah.
"Saya mengesahkan memang Datuk Seri meninggal dunia pagi ini. Bagi saya, ini satu bukan saja kehilangan buat keluarganya malah untuk seluruh rakyat Kedah.
"Saya amat merasai kehilangannya ketika beliau akan sentiasa dikenang sebagai individu berdedikasi tinggi.
"Kita semua menghargai sumbangan beliau semasa menjadi Menteri Besar satu ketika dulu," katanya.
Turut menzahirkan ucapan takziah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Saya mengenali beliau ketika belum menyertai dunia politik lagi. Bagi saya ia kehilangan besar kepada negeri dan UMNO khususnya kerana sumbangan Allahyarham terlalu banyak.
"Dalam keadaan uzur dan tidak berapa sihat pun, beliau tetap turun berkempen untuk UMNO di Kuala Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
"Beliau seorang yang baik dan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang memiliki visi dan misi dalam memajukan Kedah," katanya.
Bekas Setiausaha Akhbarnya Datuk Boon Som Inong yang juga bekas Senator dalam pada itu berkata dia tidak akan lupa akan kata-kata Allahyarham dan ia akan sentiasa dikenang.
"Saya akan sentiasa kenang kata-katanya yang sentiasa mahu mendampingi rakyat. Antaranya beliau pernah berkata 'Di mana ada rakyat, di situlah pejabat kita'.
"Selain itu, beliau juga pernah berpesan, antara syarat menjadi orang politik adalah sebahagian daripada gaji kita ini termasuk habuan orang memaki dan mengata," katanya.
Allahyarham Syed Razak yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada tahun 1999 dan memegang jawatan hingga tahun 2005.
Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar akibat masalah kesihatan dan digantikan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Topic Berkaitan
#Syed Razak Syed Zain Barakhbah
#bekas menteri besar kedah
#Jamil Khir Baharom
#Ahmad Bashah Md Hanipah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan