awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pekerja saman Elon Musk, Twitter sebanyak AS$500 juta

Bernama
Bernama
13/07/2023
04:24 MYT
Bekas pekerja saman Elon Musk, Twitter sebanyak AS$500 juta
Bekas pekerja Twitter memfailkan saman terhadap syarikat itu dan pemiliknya Elon Musk, atas penafian untuk membayar sekurang-kurangnya AS$500 juta dalam pakej pemecatan.
MOSCOW: Bekas pekerja Twitter memfailkan saman terhadap syarikat itu dan pemiliknya Elon Musk, atas penafian untuk membayar sekurang-kurangnya AS$500 juta dalam pakej pemecatan, lapor Sputnik.
"Perintah itu mengarahkan defendan supaya mengemukakan syarat pemecatan penuh mengikut rancangannya kepada semua pekerja yang ditamatkan perkhidmatan dari tarikh pengambilalihan syarikat oleh Musk sehingga setahun dari tarikh penghakiman, jumlah yang tidak kurang daripada AS$500 juta, selain faedah prapenghakiman dan selepas penghakiman pada kadar maksimum mengikut undang-undang," menurut tuntutan itu pada Rabu.
Aduan itu difailkan di mahkamah di Daerah Utara California terhadap Courtney McMillian, pekerja di jabatan sumber manusia Twitter, sebagai plaintif utama dalam kes itu.
Pada hujung Oktober 2022, Musk memuktamadkan pemerolehan AS$44 bilion ke atas Twitter, sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan pada 2006 dan beribu pejabat di San Francisco, California.
Berikutan pengambilalihan itu, Musk mengubah operasi harian syarikat, termasuk memecat eksekutif yang bertanggungjawab ke atas privasi platform, keselamatan siber dan penapisan, selain kira-kira dua pertiga pekerja. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Twitter
#Elon Musk
#Elon Musk disaman
#bekas pekerja Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan