awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain gitar kumpulan Kristal maut dalam nahas di Kuala Klawang

Bernama
Bernama
16/10/2016
13:29 MYT
Bekas pemain gitar kumpulan Kristal maut dalam nahas di Kuala Klawang
Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan, meletakkan posting di Instagram mengucapkan takziah atas pemergian Hairyfitri hari ini. - Gambar Instagram
Bekas pemain gitar kumpulan Kristal, Hairyfitri Ahmad, 33, maut apabila motosikalnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres dekat sini pagi tadi.
Beliau yang bekerja sebagai pembantu tadbir meninggal ketika mendapat rawatan di Hospital Ampang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Othman Basri berkata dalam kemalangan 10.55 pagi itu, motosikal Yamaha LC135 mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum berlanggar sebuah Perodua Viva yang datang dari arah Kuala Klawang menghala Genting Peres.
"Mangsa tercampak ke atas jalan, manakala pemandu kereta tersebut iaitu seorang guru wanita berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.
Othman berkata Hairyfitri dihantar ke hospital oleh rakan-rakannya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hairyfitri Ahmad
#kemalangan maut
#kumpulan Kristal
#motosikal terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan