awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemimpin kanan parti politik bergelar 'Tan Sri' kena cekup

Media Statement
Media Statement
27/08/2018
09:05 MYT
Bekas pemimpin kanan parti politik bergelar 'Tan Sri' kena cekup
Seorang bergelar Tan Sri ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM6 juta - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pemimpin kanan sebuah parti politik bergelar Tan Sri kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM6 juta.
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 2.45 petang ini di Pejabat SPRM Johor Bahru, Johor.
Katanya, suspek berusia 64 tahun itu adalah seorang pengarah syarikat dan pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah pada tahun lalu.
“Kali ini dia dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram iaitu menerima, memindah dan menggunakan wang haram hasil rasuah menerusi akaun peribadi dan syarikat miliknya, saudara serta proksi," katanya.
Difahamkan, penahanan itu dilakukan kerana suspek bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Johor Bahru, esok.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#Rasuah
#SPRM
#Tan Sri dicekup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan