awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penjawat awam ditahan bagi kontrak kepada keluarga

Radhi Muslim
Radhi Muslim
18/04/2022
14:51 MYT
Bekas penjawat awam ditahan bagi kontrak kepada keluarga
Bekas penjawat awam dan kontraktor terbabit ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan pagi tadi untuk membantu siasatan. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Dua lelaki berusia 37 dan 41 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, berhubung kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan nilai kontrak kira-kira RM63,000.
Mereka masing-masing adalah bekas penjawat awam dan kontraktor, yang dipercayai melakukan kesalahan melibatkan sebuah agensi kerajaan Persekutuan di daerah ini, pada tahun 2018 dan 2019.
Sumber SPRM berkata, bekas penjawat awam terbabit dipercayai menggunakan kedudukannya untuk melantik kontraktor itu sebagai pembekal produk berasaskan lebah dan haiwan ternakan untuk program agensi, yang mana syarikat kontraktor tersebut dimiliki oleh saudaranya.
Menurutnya lagi, bekas penjawat awam dan kontraktor terbabit ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan pagi tadi untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Beliau memaklumkan bahawa kedua-dua lelaki tersebut telah dibebaskan atas jaminan SPRM dan dijadualkan untuk dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada 21 April ini.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Sandakan
#beri kontrak kepada keluarga
#Kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan