awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penolong akauntan disyaki kemuka dokumen palsu RM90,000

Astro AWANI
Astro AWANI
07/03/2026
06:50 MYT
Bekas penolong akauntan disyaki kemuka dokumen palsu RM90,000
Suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam dalam satu operasi yang dijalankan SPRM di sekitar bandar raya ini. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas penolong akauntan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan kerja penyelenggaraan kira-kira RM90,000.
Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam dalam satu operasi yang dijalankan SPRM di sekitar bandar raya ini.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2025 dengan mengemukakan dokumen pesanan kerajaan, invois dan sebut harga syarikat yang mengandungi butiran palsu.
"Ia membabitkan pembekalan dan kerja-kerja naik taraf serta penyelenggaraan jabatan tempatnya bekerja. Suspek juga disyaki membuat lantikan terus kepada syarikat milik ahli keluarganya bagi mendapatkan suapan," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sprm sabah
#penolong akauntan
#dokumen palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan