awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia

Bernama
Bernama
02/09/2021
07:46 MYT
Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia
Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, diabetes dan sakit pada bahagian prostat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, pagi tadi.
Anak Allahyarham Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 7 pagi.
"Kebelakangan ini, Allahyarham tiada selera makan menyebabkan beratnya semakin menyusut.
"Arwah ada juga mengadu sakit pinggang dan sendi tapi saya tidak berkesempatan berjumpa arwah disebabkan pandemik ini," katanya.
Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, diabetes dan sakit pada bahagian prostat.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, tengah hari tadi.
Terkenal pada era 1980-an semasa bertugas di RTM, Kamaruddin turut bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud sebagai penyampai berita di televisyen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyampai berita RM
#Kamaruddin Ahmad
#meninggal dunia
#bidang penyiaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan