awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penyelia Felda tidak mengaku salah palsu tandatangan

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
21/04/2022
03:55 MYT
Bekas penyelia Felda tidak mengaku salah palsu tandatangan
Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin ke atas Muhammad Aizat (kiri) dan dia diperintah melapor diri di Pejabat SPRM terdekat setiap awal bulan. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Seorang bekas penyelia tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengaku tidak bersalah atas tuduhan memalsukan tandatangan peneroka, berhubung penerimaan bayaran tunai, dua tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Aizat Zaidi, 33 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Dia didakwa sebagai penyelia Tanah Rancangan Felda Sebertak, Bera yang telah memalsukan senarai akuan penerimaan bayaran tunai 'paysheet' pada Nov 2020 dan senarai akuan penerimaan bayaran tunai pendahuluan pada Dis 2020 dengan niat melakukan penipuan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 464(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.
Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diperintah melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat setiap awal bulan bermula April sehingga kes selesai.
Kes disebut semula pada 25 Mei depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#palsu tandatangan
#bekas penyelia Felda
#Mahkamah Sesyen Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan