awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas presiden dan CEO Sime Darby bebas pertuduhan pecah amanah

Hakim Rahman
Hakim Rahman
05/09/2016
06:16 MYT
Bekas presiden dan CEO Sime Darby bebas pertuduhan pecah amanah
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair @ Zubir Murshid daripada tuduhan pecah amanah dan menipu. -Gambar fail
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair @ Zubir Murshid daripada tuduhan pecah amanah dan menipu.
Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan selepas membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.
Pada 17 Julai 2012, dia didakwa atas dua pertuduhan alternatif iaitu pecah amanah dana Sime Darby Berhad, membabitkan projek pembangunan tanah adat Sarawak dengan kerugian lebih RM100 juta.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan iaitu memperdaya ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad membabitkan projek yang sama.
Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Akram Gharib
#Ahmad Zubair Murzhid
#Sime Darby Berhad
#Zulqarnain Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan