awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Suffian Koroh meninggal dunia

Bernama
Bernama
29/10/2018
03:17 MYT
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Suffian Koroh meninggal dunia
Suffian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 1983 di bawah kerajaan parti Berjaya pimpinan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Harris Mohd Salleh. - Gambar fail
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Suffian Koroh meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam tadi ketika sedang menjalani rawatan di KPJ Hospital, di sini.
Anak saudara Allahyarham, Alfian Koroh, ketika dihubungi Bernama berkata Suffian, 88, dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menerima rawatan sejak 21 Okt lalu.
Katanya jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Tuarid Taud, Keningau, selepas solat Zuhur hari ini.
Menurut Alfian jenazah bapa saudaranya itu dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Nosoob, Penampang, dekat ini malam tadi dan pada 9.15 pagi ini, dibawa ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk dimandikan serta disembahyangkan.
Allahyarham Suffian meninggalkan 11 orang anak.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1983 di bawah kerajaan parti Berjaya pimpinan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Harris Mohd Salleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#kebumi
#KPJ Hospital
#meninggal dunia
#rawatan
#Sabah
#Suffian Koroh
#Timbalan Ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan