awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
Konflik Asia Barat: Orang ramai hadir upacara peringatan Khamenei di Tehran
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Timbalan Pengarah, pekerja swasta bebas dari tahanan reman kes USP

Bernama
Bernama
13/01/2019
03:17 MYT
Bekas Timbalan Pengarah, pekerja swasta bebas dari tahanan reman kes USP
Suspek dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan RM2,000 seorang dan seorang penjamin. - Gambar hiasan
Bekas Timbalan Pengarah sebuah agensi kerajaan dan seorang pekerja swasta, yang direman bagi membantu siasatan berhubung menerima suapan berjumlah RM270,000 bagi mendapatkan projek berkaitan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), dibebaskan hari ini.
Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan kedua-dua lelaki berusia 42 dan 43 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan RM2,000 seorang dan seorang penjamin.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9.00 pagi dengan berpakaian biasa dan tangan bergari.
Kedua-kedua individu itu sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari bermula Khamis.
Suspek dipercayai menerima suapan daripada pekerja syarikat berkenaan sebagai balasan ke atas kelulusan projek yang dianugerahkan kepada syarikat terbabit.
Menurut jurucakap SPRM, kedua-dua suspek ditahan di sebuah pusat membeli-belah sekitar Putrajaya sehari sebelum itu dipercayai berkaitan penerimaan wang tunai berjumlah RM50,000, iaitu baki jumlah wang rasuah sepatutnya diterima suspek.
Jelasnya, suspek didakwa menerima wang suapan itu secara berperingkat sejak 2015 oleh syarikat terlibat sebagai ganjaran kerana menganugerahkan projek berkenaan.
USP adalah satu usaha kerajaan dalam memperluas jaringan komunikasi dan multimedia, khususnya bagi kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja swasta
#Putrajaya
#Rasuah
#reman
#SPRM
#Timbalan Pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan