awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2026
01:30 MYT
Bekas Wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan
Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi ini susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu.
KUALA LUMPUR: Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi ini susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu, menurut laporan FMT.
Tan, 31, yang meletakkan jawatan pagi semalam, ditahan selepas hadir ke IPD Dang Wangi.
Peguamnya, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dengan siasatan difahamkan dikendalikan oleh Bukit Aman.
Wacana awam itu bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” yang menampilkan ahli politik Britain, George Galloway.
Susulan kecaman meluas di media sosial, Tan tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan dengan wacana itu serta mengemukakannya tanpa pertimbangan mencukupi terhadap sensitiviti isu berkenaan.
Tan juga mengakui gagal memenuhi tahap profesionalisme yang diharapkan daripada seorang wartawan dan merayu orang ramai agar tidak menyerang FMT Media serta ahli keluarganya.
Topic Berkaitan
#Wartawan FMT
#Rex Tan
#akta hasutan
#wacana awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan