awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas wartawan mohon doa dan sumbangan sahabat, orang ramai

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
24/03/2022
04:10 MYT
Bekas wartawan mohon doa dan sumbangan sahabat, orang ramai
Maya kini hanya mampu baring dan duduk setelah diserang angin ahmar. - Astro AWANI
LAHAD DATU: Berat mata memandang lagi berat bahu memikul, itulah boleh digambarkan keadaan terkini bekas wartawan, Norwahida Yamaluddin, 46, yang kini lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar baru-baru ini.
“Saya kini hanya mampu baring dan duduk, sebelah badan saya tidak dapat bergerak dan masih dalam rawatan pemulihan, tolong doakan saya,” ujar Norwahida.
Tambahnya, dia tidak menyangka ia boleh berlaku dalam sekelip mata, akibat serangan tersebut menyebabkan keadaan hidupnya berubah serta-merta.
“Buat masa ini saya ada berniaga kecil-kecilan selepas berhenti kerja akibat COVID-19, saya jual pewangi sunnah (Bukhor) secara dalam talian namun kini saya tak mampu bergerak dengan lancar dan sekarang saya kehilangan sepenuhnya sumber pendapatan,” katanya.
Norwahida yang juga dikenali dengan nama Maya dalam kalangan rakan media, telah menjadi pemberita sejak tahun 1996 dan telah bertugas di beberapa agensi di Sabah dan menamatkan perkhidmatan sekitar dua tahun lalu akibat masalah ekonomi syarikat susulan pandemik.
Antara penghargaan tertinggi yang diterima Maya adalah Pingat Kedaulatan Negara pada tahun 2013, yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas insiden pencerobohan Tanduo di Lahad Datu.
Selain itu anugerah wartawan belia sebanyak dua kali sempena Hari Belia Negeri, Anugerah Shell pemberitaan (emas), penulisan rencana (emas) dan sukan (emas).
Topic Berkaitan
#bekas wartawan
#Norwahida Yamaluddin
#COVID-19
#angin ahmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan