awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2020: Lebih tertumpu kepada usahawan tekno

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/10/2019
13:49 MYT
Belanjawan 2020: Lebih tertumpu kepada usahawan tekno
Belanjawan 2020 dilihat lebih menumpukan kepada usahawan tekno berbanding tahun sebelum ini, ujar Ketua Pegawai Eksekutif BETA Foundation, Lilyana Abdul Latiff.
Belanjawan 2020 dilihat lebih menumpukan kepada usahawan tekno atau technopreneur berbanding tahun sebelum ini, ujar Ketua Pegawai Eksekutif BETA Foundation, Lilyana Abdul Latiff.
Jelas beliau, usahawan perlu mengambil peluang dan insentif diberikan kerajaan untuk melakukan perubahan serta melonjakkan ekonomi digital.
"Pada saya bajet ini adalah lebih pro kepada technopreneur berbanding tahun lepas. Tahun lepas tidak ada langsung untuk ekonomi digital. Tetapi, tahun ini kita sudah dapat CEO-CEO dari agensi yang ada pengalaman teknokrat, saya rasa mereka mewakilkan industri dengan baik.
"Walaupun bajet itu banyak, namun rakyat yang atau SME-SME kita juga atau micro businesses kita juga perlulah mempelajari juga bagaimana digital akan merancakkan perniagaan mereka," katanya semasa menjadi tetamu pada program Agenda AWANI di Astro AWANI pada Jumaat.
Namun, beliau berpendapat usahawan perlu berani mencuba dalam industri ekonomi digital agar mereka tidak ketinggalan.
"Masalah dengan kita punya technoprenuers bukan tak ada talent-talent kita yang boleh mendigitalkan perniagaan-perniagaan SME ini. Tetapi SME sendiri rasa benda itu mahal atau tak perlu.
"Jadi saya harap dengan insentif-insentif yang kerajaan sediakan kini iaitu to adopt teknologi, silah cuba. Apabila sudah cuba pasti anda rasa perubahannya," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Astro
#Astro Awani
#bajet
#Belanjawan2020
#ekonomi
#kerajaan
#rakyat
#senangkanyangsusah
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan