awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: MOT harap peruntukan tinggi tambah baik pengangkutan awam

Bernama
Bernama
20/02/2023
21:00 MYT
Belanjawan 2023: MOT harap peruntukan tinggi tambah baik pengangkutan awam
Anthony Loke (tiga, kiri) menaiki bas RapidKL ke bangunan Parlimen secara percuma di Balai Pelepasan ERL Kuala Lumpur Sentral semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengharapkan peruntukan yang tinggi dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat nanti untuk tujuan penambahbaikan pengangkutan awam.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya akan mengoptimumkan dan memastikan pengurusan yang baik peruntukan yang akan diterima nanti bagi memastikan keselesaan rakyat terutamanya mereka yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan.
"...bukan sahaja pengangkutan awam di Semenanjung tetapi juga di Sarawak dan Sabah yang kita juga ada perkhidmatan udara yang perlu kita berikan untuk kawasan-kawasan luar bandar.
"Kita juga mengharapkan untuk memberikan perkhidmatan bas di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak yang juga merupakan permintaan kita supaya mendapat peruntukan tambahan untuk memulakan satu sistem bas henti-henti yang lebih baik dan efisien di Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program wawancara Naratif Khas terbitan RTM bertajuk 'Transformasi Pengangkutan Negara'.
Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan kerjasama daripada kerajaan negeri terutamanya bagi negeri yang mempunyai kerjasama sedia ada dengan kerajaan Persekutuan dalam konteks penyediaan pengangkutan awam.
"Dalam aspek pengangkutan ini kita tidak melihat kepada perbezaan politik. Kita mesti menawarkan perkhidmatan yang baik kepada rakyat kerana ini bersangkut dengan mutu kehidupan rakyat kerana apa yang penting kita nak perkasakan pengangkutan awam supaya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#Anthony Loke
#Belanjawan 2023
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan