awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: KBS mohon pelepasan cukai bagi yuran latihan sukan

Bernama
Bernama
02/09/2023
10:30 MYT
Belanjawan 2024: KBS mohon pelepasan cukai bagi yuran latihan sukan
Hannah berkata berdasarkan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997, hanya pembelian alatan sukan diberi pelepasan cukai. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berusaha untuk memasukkan kos atau yuran latihan sukan dalam senarai pelepasan cukai bagi gaya hidup menerusi Belanjawan 2024, kata Menterinya Hannah Yeoh.
Beliau berkata kementeriannya kini sedang membuat permohonan itu kepada Kementerian Kewangan bagi membolehkan individu yang mengeluarkan kos atau yuran latihan sukan diberikan pelepasan cukai.
Hannah berkata berdasarkan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997, hanya pembelian alatan sukan diberi pelepasan cukai.
"Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan masih berjalan dan tahun ini kita fokus memohon untuk memberi pelepasan cukai kepada ibu bapa atau individu yang berbelanja untuk latihan sukan. Objektifnya adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat antara rakyat Malaysia.
"Kanak-kanak didorong pada usia muda untuk mengikuti latihan sukan. Ini juga akan membantu atlet kita mempunyai pekerjaan jika ramai menggunakan khidmat latihan sukan. Kita mahu melalui kaedah ini, industri sukan boleh membangun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 di sini hari ini.
Majlis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin itu juga menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman dalam bidang peralatan dan fasiliti sukan.
EISS adalah program julung kali diadakan di Sabah bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan sumbangan pelbagai segmen industri sukan termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan sukan, perubatan sukan, pengurusan acara sukan dan pendidikan sukan.
Program anjuran KBS menerusi Sektretariat Industri Sukan itu berlangsung selama dua hari mulai hari ini, melibatkan penyertaan 40 pemain industri sukan dari Semenanjung dan Sabah.
Terdahulu, Hannah dalam ucapannya berkata Sabah terkenal dengan destinasi sukan menarik seperti selam skuba, pendakian gunung, golf dan aktiviti semula jadi lain.
Sebagai dorongan pertumbuhan industri sukan di negeri itu, beliau berkata kementeriannya telah meluluskan sebanyak RM774,000 daripada permohonan Geran Padanan Sukan kepada syarikat dan pertubuhan sukan di Sabah.
"Saya akan memastikan kerjasama berterusan antara KBS dengan KBS Sabah dalam pelbagai isu berkaitan pembangunan belia dan sukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Belanjawan 2024
#pelepasan cukai
#yuran latihan sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan