awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: Peruntukan infrastruktur penting untuk Sabah - Shahelmey

Bernama
Bernama
16/10/2024
09:06 MYT
Belanjawan 2025: Peruntukan infrastruktur penting untuk Sabah - Shahelmey
Shahelmey berkata, kesinambungan penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah amat penting demi manfaat rakyat. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sabah percaya dengan komitmen kerajaan Persekutuan untuk mendengar dan memahami keutamaan yang diperlukannya bagi memastikan ia boleh terus maju dengan memiliki infrastruktur asas yang setanding dengan negeri-negeri lain, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Beliau berkata kesinambungan penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah dalam Belanjawan 2025 amat penting untuk memastikan penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya luar bandar, bekalan elektrik dan air dilakukan secara berterusan demi manfaat rakyat.
Shahelmey turut menyuarakan harapan agar peruntukan kepada Sabah dalam Belanjawan 2025 dapat ditingkatkan berbanding tahun-tahun sebelumnya, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kadar pemberian khas interim kepada Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta mulai tahun depan.
"Dalam aspek pembangunan infrastruktur, kerajaan Sabah sering menyatakan bahawa kita memerlukan peruntukan tambahan terutama bagi infrastruktur bekalan elektrik, air dan jalan raya.
"Selain jalan raya kita juga memerlukan peruntukan tambahan dalam penyelenggaraan infrastruktur jalan lama, pembaikan cerun, pemasangan lampu jalan serta pembetungan dan perparitan. Penggantian peralatan usang dalam sistem bekalan air juga sangat diperlukan di Sabah," kata kepada Bernama baru-baru ini.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata pembangunan tiga struktur asas iaitu elektrik, air dan jalan raya perlu diberi tumpuan khusus untuk kemudahan rakyat serta merapatkan jurang perbezaan infrastruktur antara Sabah dan Semenanjung.
Ahli Parlimen Putatan itu juga berpandangan sekolah daif dan klinik kesihatan di Sabah perlu dinaik taraf memandangkan masih ada bangunan dalam struktur kayu yang berusia puluhan tahun selain berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan peralatan terkini bagi pejabat Persekutuan termasuk Jabatan Imigresen di negeri itu.
Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali juga menyuarakan harapan agar kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan infrastruktur jalan raya luar bandar Sabah, terutama jalan raya yang tidak termasuk dalam jajaran Lebuh Raya Pan Borneo.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata usaha mengatasi isu air di Papar sudah dimulakan menerusi pembinaan Loji Rawatan Air Kogopon, dan beliau berharap pelaksanaannya dapat segerakan.
"Selain itu pembinaan dua jalan utama iaitu Sabindo-Sungai Kinarut dan Melinsung-Papar Spur yang dimasukkan dalam belanjawan lepas, kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan reka bentuk sebelum pelantikan kontraktor," katanya.
Beliau berkata isu legasi infrastruktur utama di Papar telah dimasukkan dalam belanjawan tahun lepas dan beliau berharap pelaksanaanya dapat disegerakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Infrastruktur
#Sabah
#Belanjawan 2025
#rakyat Sabah
#Shahelmey Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan