awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan MADANI Keempat terjemah reformasi kepada hasil nyata - Anwar

Bernama
Bernama
11/10/2025
12:15 MYT
Belanjawan MADANI Keempat terjemah reformasi kepada hasil nyata - Anwar
Anwar berkata belanjawan bertemakan "Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat" menggabungkan disiplin dan nurani dalam merencana masa depan negara yang adil, makmur dan bermaruah. - Gambar fail/JaPen
KUALA LUMPUR: Belanjawan MADANI Keempat yang dibentangkan semalam merupakan manifestasi nyata keberanian kerajaan dalam menterjemah agenda reformasi kepada tindakan dan hasil yang dapat dinikmati rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata belanjawan itu menandakan permulaan lembaran baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan tumpuan kepada pengukuhan tatakelola, pengurangan defisit fiskal, peningkatan kebajikan rakyat serta pemacuan ekonomi berasaskan nilai tinggi.
"Setelah berani mengusung reformasi, inilah masanya memulangkan hasil kepada rakyat. Belanjawan MADANI Keempat yang saya hamparkan semalam membuka lembaran pertama di bawah RMK13, memaknai erti reformasi yang kini diterjemah kepada tindakan dan hasil nyata," katanya dalam hantaran di platform X hari ini.
Setelah berani mengusung reformasi, inilah masanya memulangkan hasil kepada rakyat. Belanjawan MADANI Keempat yang saya hamparkan semalam membuka lembaran pertama di bawah RMK13, memaknai erti reformasi yang kini diterjemah kepada tindakan dan hasil nyata. Ia mengangkat pic.twitter.com/YQQG9eUkhc
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 11, 2025
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata belanjawan bertemakan "Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat" menggabungkan disiplin dan nurani dalam merencana masa depan negara yang adil, makmur dan bermaruah.
Semalam, Perdana Menteri berkata belanjawan itu mengoptimumkan sumber negara termasuk dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] melalui perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion, berbanding RM452 bilion pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#GLIC
#defisit fiskal
#kebajikan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan