awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bella Astillah sah bergelar tunang Syed Saddiq

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
28/03/2026
11:09 MYT
Bella Astillah sah bergelar tunang Syed Saddiq
Istiadat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, yang menyarungkan cincin sebagai simbol rasmi pertunangan pasangan berkenaan. - Gambar fail
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini sah bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam satu majlis yang berlangsung pada jam 3.30 petang di Locarasa Bamboo Hills.
Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun mengenakan busana berwarna biru cair yang ditaja oleh Jakel, menyerlahkan lagi suasana penuh elegan dan sederhana.
Istiadat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, yang menyarungkan cincin sebagai simbol rasmi pertunangan pasangan berkenaan.
Ahli Parlimen Muar itu, tiba sekitar jam 3.40 petang sebagai satu kejutan, menambah lagi elemen istimewa dalam majlis berkenaan.
Majlis tersebut menandakan satu lagi fasa penting dalam hubungan pasangan itu selepas sekian lama menjadi perhatian umum, sekali gus mengesahkan spekulasi yang berlegar dalam kalangan peminat dan netizen sebelum ini.
Suasana majlis berlangsung dalam penuh tertib dan sederhana, dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#Bella Astilah
#tunang
#selebriti
#Ahli Parlimen Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan