awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis sudah kenal pasti remaja baling batu dari tingkat 13 PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada keputusan batal penerbangan perubatan - Ketua Menteri Pulau Pinang

Bernama
Bernama
16/08/2020
20:53 MYT
Belum ada keputusan batal penerbangan perubatan - Ketua Menteri Pulau Pinang
Chow berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah pesakit dan pelancong perubatan dari Indonesia yang tiba di Pulau Pinang baru-baru ini untuk pelancongan perubatan. - Gambar fail
Kerajaan Pulau Pinang belum membuat keputusan berhubung pembatalan perkhidmatan penerbangan carter perubatan antara Pulau Pinang dan Indonesia buat sementara waktu, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata penerbangan carter perubatan masih dibenarkan selagi semua yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan telah mendapat kebenaran yang sewajarnya.
"Bagaimanapun, semua ini akan dikaji dari semasa ke semasa," jelas beliau ketika ditanya sama ada ketika ini sesuai untuk tetap membenarkan penerbangan masuk walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 di Pulau Pinang.
Chow berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah pesakit dan pelancong perubatan dari Indonesia yang tiba di Pulau Pinang baru-baru ini untuk pelancongan perubatan.
Pada 14 Ogos, AirAsia mengadakan penerbangan carter perubatan antarabangsa pertamanya dari Medan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan dalam satu kenyataan, memaklumkan, syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan institusi perubatan dan pihak berkuasa kerajaan untuk memastikan pesakit dan pelancong perubatan dari Indonesia mendapat akses yang lebih luas kepada rawatan perubatan dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan carter perubatan.
Pengumuman itu telah mencetuskan kontroversi di media sosial, yang menyatakan kebimbangan mereka kerana jumlah kes COVID-19 yang tinggi di Indonesia serta potensi risiko penularan COVID-19 di Pulau Pinang.
Kementerian Kesihatan Indonesia pada Ahad mengumumkan 2,081 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di seluruh negara itu kepada 139,549.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Chow Kon Yeow
#COVID-19
#Indonesia
#Karen Chan
#kesihatan
#kontroversi
#media sosial
#pelancong
#penerbangan
#perubatan
#pesakit
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan