awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada keputusan mengenai solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
09/05/2020
09:06 MYT
Belum ada keputusan mengenai solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid
Perkara yang melibatkan satu keputusan yang besar itu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar hiasan
Belum ada keputusan dibuat mengenai solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid yang ketika ini tidak dibenarkan susulan penularan COVID-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara yang melibatkan satu keputusan yang besar itu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jawatankuasa itu kemudian akan membawa perkara berkenaan kepada mesyuarat Kabinet untuk membuat keputusan.
"Mengenai muzakarah, Insyaallah tadi Menteri Agama telah membentangkan kepada mesyuarat pagi tadi, dan oleh sebab keputusan ini melibatkan keputusan besar, iaitu isu agama dan sebagainya, jadi kita membuat keputusan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
"Selepas itu ia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet supaya mendapat keputusan. Jadi tunggulah, selepas kabinet membuat keputusan, mungkin akan diumumkan oleh Menteri Agama," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
BACA: Perlis benar solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kabinet
#keselamatan
#koronavirus
#Media
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan