awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bendera Malaysia, sepanduk wajah PM hiasi New Delhi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/08/2024
07:00 MYT
Bendera Malaysia, sepanduk wajah PM hiasi New Delhi
Bendera Malaysia, gegantung dan sepanduk menghiasai jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan Anwar Ibrahim ke India. - Foto Astro AWANI
NEW DELHI: Bendera Malaysia, gegantung dan sepanduk menghiasi jalan-jalan utama New Delhi sebagai mengalu-alukan ketibaan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India.

Ringkasan AI
  • Bendera Malaysia, gegantung, dan sepanduk menghiasi jalan-jalan utama New Delhi untuk mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India.
  • Lawatan ini merupakan lawatan sulung Anwar ke India selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, disertai oleh beberapa menteri dan pegawai tinggi Malaysia.
  • Hubungan Malaysia-India bermula pada 1957, dengan India menjadi salah satu negara pertama menubuhkan perwakilan di Kuala Lumpur.

Selain laluan ke Air Force Station, Palam, gegantung dan sepanduk itu turut dilihat di sepanjang laluan ke India Gate dan ke kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan.
Sepanduk dan gegantung yang tertera 'Selamat Datang Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim' itu turut mencuri tumpuan rakyat tempatan.
Hubungan kedua-dua negara bermula pada 1957 apabila Malaysia mendapat kemerdekaan.
Malah India antara enam negara pertama menubuhkan perwakilan di Kuala Lumpur.
Menyertai Anwar ialah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Digital, Gobind Singh; dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Turut serta, Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran; Pengerusi Unit Transformasi Masyarakat India, P Prabakaran serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Ini merupakan lawatan sulung Anwar ke India selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Isnin ini.
Anwar sebelum ini pernah berkunjung ke republik itu pada Januari 2019 untuk menghadiri persidangan di New Delhi dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Narendra Modi ketika itu.
Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar menerima kunjungan hormat Menteri Luar India, Dr S Jaishankar pada Mac lalu di Putrajaya, yang mengulangi pelawaan Modi untuk beliau melawat India.
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#Anwar Ibrahim
#India
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan