awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri peluang kepada Osman - Muhyiddin

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
22/05/2018
10:17 MYT
Beri peluang kepada Osman - Muhyiddin
Bagaimanapun, Muhyiddin mempertahankan Osman, mengatakan pengkritik perlu mengesahkan sebarang isu sebelum memberi pandangan.
Rakyat Johor diminta bersabar dan memberi peluang kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian untuk membuktikan kepimpinannya mentadbir negeri itu.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata memandangkan ini adalah pentadbiran baharu di peringkat negeri, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat penilaian secara terburu-buru.
"Saya dah maklumkan dahulu bahawa saya akan pantau. Bukan nak campur urusan pentadbiran. Kalau perlu, saya beri nasihat.
"Kami komited untuk memenuhi manifesto Pakatan Harapan di Johor," katanya dalam sidang media selepas melaporkan diri sebagai Menteri Dalam Negeri di kementerian itu di Putrajaya pada Selasa.
Sebelum ini, Osman telah berdepan kritikan selepas melantik Fizwan Rashidi sebagai Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Johor.
Bagaimanapun, Muhyiddin mempertahankan Osman dengan mengatakan pengkritik perlu mengesahkan sebarang isu sebelum memberi pandangan.
"Ada khabar angin bahawa Osman telah melantik bekas ahli UMNO sebagai setiausaha politiknya. Itu tidak benar.
"Fizwan Rashidi, dilantik sebagai pegawai setiausaha pembangunan di bawah Menteri Besar. Manakala pelantikan itu dibuat di bawah bidang kuasa Perkhidmatan Awam Johor," katanya.
Topic Berkaitan
#Johor
#Malaysia Baharu
#Menteri Besar
#Muhyiddin Yassin
#Osman Sapian
#Pakatan Harapan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan