awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri ruang siasatan isu Azam Baki - PM

Astro AWANI
Astro AWANI
13/02/2026
09:49 MYT
Beri ruang siasatan isu Azam Baki - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki selepas menunaikan solat Jumaat bersama warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Petaling Jaya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ruang diberikan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Jelas Perdana Menteri, siasatan akan dijalankan secara telus, sebelum sebarang tindakan diambil.
“Biar disemak dan dikaji terlebih dahulu. Kita perlu tahu sama ada ia serius, ada asas atau tidak, sebelum ambil tindakan.
"Jangan kerana kita rasa tertekan atau menjadi mangsa, kita ambil kesempatan untuk menekan pihak lain. Itu tidak boleh, mesti diteliti dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat ketua pesuruhjaya SPRM.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar yang akan melapor kembali kepada kabinet untuk tindakan lanjut.
Dalam masa sama, Perdana Menteri menasihatkan seluruh warga SPRM supaya terus berani dan tegas dalam memikul amanah membanteras rasuah di negara ini.
Tambah beliau, sebarang isu yang timbul tidak sepatutnya menjejaskan peranan keseluruhan agensi berkenaan kerana tindakan terhadap salah laku integriti lazimnya akan mengundang reaksi daripada pihak yang terkesan.
Sebelum ini, Bloomberg melaporkan Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan dokumen pemfailan korporat.
Bagaimanapun, Azam menegaskan pegangan saham bernilai RM800,000 itu dibuat secara telus serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Tan Sri Azam Baki
#SPRM
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#isu pemilikan saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan