awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita palsu: Liyana Razali dicari polis Perak, orang ramai diminta salur maklumat

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2022
12:14 MYT
Berita palsu: Liyana Razali dicari polis Perak, orang ramai diminta salur maklumat
Pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak polis bagi mengesan penama tersebut untuk hadir ke mahkamah, namun Liyana gagal dihubungi dan ditemui.
IPOH: Polis sedang mengesan individu bernama Liyana Razali untuk hadir ke mahkamah susulan penyebaran berita palsu bahawa dua orang murid meninggal dunia akibat suntikan COVID-19 pada September tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak polis bagi mengesan penama tersebut untuk hadir ke mahkamah, namun gagal dihubungi dan ditemui.
Katanya lagi, hasil siasatan lengkap mendapati kenyataan yang dikeluarkan individu itu berhubung suntikan vaksin COVID-19 sebelum ini adalah tidak benar.
"Pada 29 september 2021, pihak polis telah menjalankan siasatan berkaitan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Puan Liyana binti Razali (penama yang hendak dituduh).
"Kenyataan itu berkata bahawa dua orang murid telah meninggal dunia akibat suntikan vaksin COVID-19 pada 28 September 2021 lalu.
"Pihak polis telah merujuk kertas siasatan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya dan arahan telah dikeluarkan supaya penama ini dituduh di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau berkata, pada 21 Januari lalu penama gagal hadir ke mahkamah sepertimana notis pemberitahuan yang diserahkan kepadanya.
Jelasnya, mahkamah telah memberi tarikh baharu supaya penama ini hadir ke mahkamah pada 10 Februari lalu, namun masih gagal untuk hadir ke mahkamah.
"Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah kepada penama.
"Alamat terakhir penama ialah No. 2, Jalan Sri Mersing 30, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor.
"Justeru, pihak polis amat mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam untuk mengesan penama ini bagi tindakan selanjutnya," katanya lagi.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, DSP Mohd Zulkefly Mohd Mukhtar di talian 0124336999.
Topic Berkaitan
#Liyana Razali
#berita palsu
#polis perak
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan