Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Februari 2026.
Wan Saiful berkata, beliau telah pun menghantar surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Individu yang diburu ialah Juli Mangkok, yang merupakan rakan sekerja dan serumah dengan mangsa ketika kejadian.
Hasil pemeriksaan pihaknya di tempat kejadian menemukan satu kelongsong peluru dan satu butir peluru hidup dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden terbabit.
Yang di-Pertuan Agong memberi amaran tegas bahawa lebih ramai pihak kini berada dalam ‘radar’ Seri Paduka Baginda dalam misi memerangi rasuah tanpa kompromi.
Selepas Datuk Wan Saiful Wan Jan bertindak menarik balik rayuan pemecatan yang dikenakan terhadapnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mengambil langkah sama.
Pemilik tanah yang berdepan isu pencerobohan perlu menggunakan saluran undang-undang bagi melindungi hak mereka dan tidak boleh bertindak sendiri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memelihara keharmonian dan semangat saling menghormati dalam mendepani cabaran semasa, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan segelintir pihak, khususnya ahli politik yang gemar meniup api perpecahan demi kepentingan sempit.
Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari berkata, kementeriannya turut berhasrat melebarkan kerjasama dengan rumah ibadat agama lain sebagai inisiatif agenda pembangunan belia.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
