Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2026.
Perasaan bersalah kerana menangguhkan permintaan untuk menggunting rambut neneknya lapan tahun lepas menjadi titik tolak perubahan kepada Ezuan Husaini Rosli sebagai pendandan rambut.
Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cerating Damai di sini dituntut keluarga untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat selesai kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan yang mengatakan empat Bahagian parti itu iaitu Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan.
Sebanyak 11 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mengumumkan pembubaran bahagian masing-masing susulan krisis dalaman parti yang melanda ketika ini.
Suasana di Pasar Chow Kit hari ini meriah dengan kehadiran orang ramai yang membuat persiapan akhir menjelang ketibaan Ramadan, dengan kebanyakan peniaga melaporkan peningkatan pelanggan sejak awal pagi.
Keseluruhan kuota haji negara bagi musim 1447H/2026M sebanyak 31,600 orang telah dipenuhi dan permohonan rayuan ditutup secara rasmi esok.
Umat Islam di negara ini diseru memanfaatkan Ramadan 1447H sebagai "madrasah" untuk mendidik jiwa dan memperkukuh ketakwaan di samping mengamalkan kesederhanaan dengan mengelakkan pembaziran makanan.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta serta ibu bapa bagi memberikan penjelasan perkara berbangkit berhubung kemasukan murid tahun satu pada usia enam tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

