Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Februari 2026.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian pagi Rabu.
Ringgit Malaysia muncul antara mata wang terkuat di Asia apabila mencatatkan peningkatan 10.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar AS) sepanjang 2025, sekali gus merekodkan kadar kenaikan tertinggi dalam kalangan rakan serantau.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang menyiasat seorang individu didakwa pelajarnya kerana menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga menjejaskan keharmonian awam.
Pembinaan rumah ibadat wajib patuhi undang-undang, peraturan - Sultan Pahang
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan, pembinaan rumah ibadat di negeri itu wajib mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk.
Mahkamah Tinggi pada Rabu menolak permohonan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk mencabar tuntutan jaminan bank oleh Petronas berjumlah RM7.95 juta.
Prosiding rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyingkirkan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) ditangguhkan selepas isteri bekas Perdana Menteri itu mengalami kecederaan di tangan dan lutut akibat terjatuh.
Kerajaan menetapkan enam fokus besar sebagai teras baharu memerangi gejala dadah pada tahun ini, susulan data terbaharu menunjukkan rampasan dadah melonjak lebih lapan kali ganda dan ancaman sindiket semakin kompleks, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Parlimen: 2,889 kes buli direkod tahun lalu, 2024 catat angka tertinggi
Sebanyak 2,889 kes salah laku buli direkodkan membabitkan 740 kes di sekolah rendah dan 2,149 kes di sekolah menengah sepanjang tahun lalu.
Filem animasi tempatan, "Papa Zola The Movie" terbitan Monsta dengan kerjasama Astro Shaw, mencipta satu lagi kejayaan di peringkat antarabangsa selepas muncul sebagai filem Malaysia paling mendapat sambutan di Indonesia, dengan 515,000 penonton sepanjang 35 hari tayangan di negara itu.
Insiden tembakan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan penguatkuasaan tegas agensi itu sejak kebelakangan ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

