Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Februari 2026.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses soal siasat terhadap suspek sedang dilakukan ketika ini.
Sebanyak 2,889 kes salah laku buli direkodkan tahun lepas dengan 740 kes di sekolah rendah dan 2,149 kes sekolah menengah.
Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini, awal pagi ini.
Polis Johor bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) memaparkan imej Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri itu.
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengelak haiwan di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina di sini pada Khamis.
Tenom kini berdepan dengan bencana banjir terburuk yang pernah dialami daerah pedalaman Sabah itu dalam tempoh lebih 10 tahun, justeru usaha serta bantuan telah diatur gerak bagi membantu penduduk terjejas dan memastikan mereka dalam keadaan yang selamat.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan kesediaan untuk menyokong keperluan penggunaan senjata api dalam kalangan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mendaftarkan Penentuan Suruhanjaya Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar selaras dengan Seksyen 55 dan 104(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, Datuk Hisham Rusli berkata ledakan ekonomi digital yang semakin pesat menuntut kefahaman jelas mengenai tanggungjawab percukaian dalam kalangan pencipta kandungan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
