Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Mac 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Mac 2026.
Tuduhan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis Diraja Malaysia diarah untuk memberikan keutamaan dan fokus sepenuhnya dalam membuka kertas siasatan bagi setiap aduan yang diterima berkaitan dakwaan wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Angkatan Belia Islam Malaysia mengingatkan masyarakat bahawa kebebasan bersuara di negara ini tidak bermaksud kebebasan untuk menghina agama.
Polis percaya dapat menyelesaikan kes seorang lelaki diserang dan ditetak sehingga cedera parah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, di sini Rabu lepas susulan penahanan empat suspek sebelum ini.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyeru semua pihak supaya tampil dengan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara, sebelum diserahkan kepada agensi berkuasa untuk siasatan lanjut.
Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara di Asia Barat memandangkan perkembangan terkini di rantau itu.
Sebahagian jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi membeli tiket penerbangan sendiri untuk pulang ke tanah air selepas penerbangan gantian Malaysia Airlines (MAS) ditunda sekali lagi ke Rabu ini (4 Mac).
Barisan Nasional (BN) melihat keperluan penjenamaan semula gabungan itu agar tampil lebih progresif dan inklusif, selari dengan aspirasi rakyat pada masa kini tanpa meninggalkan asas perjuangan serta nilai teras gabungan.
Kerajaan MADANI menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menghina al-Quran di negara ini dalam apa jua bentuk, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah meminta semua rakyat Malaysia di Mesir supaya mengelakkan kawasan demonstrasi awam dan lokasi yang menjadi tumpuan kehadiran pihak keselamatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

